TERKINI: Cara Menukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat

LAYARI%2BWWW.LAPORANMEDIASEMASA.COM%2B%25281%2529
image

Setelah lama saat ini dinantikan, kini pemohon i-Sinar KWSP boleh melakukan pindaan amaun i-Sinar masing-masing. Walaubagaimana pun, ada lagi beberapa syarat yang perlu anda ketahui sebelum melakukan pindaan amaun i-Sinar KWSP.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan maklumat cara-cara untuk menukar amaun i-Sinar seperti yang berikut.

Berapa Kali Boleh Tukar Amaun i-Sinar Yang Baru?

Untuk makluman anda, anda hanya dibenarkan untuk menukar amaun pengeluaran sebanyak sekali sahaja. Oleh itu, anda perlu berfikir dengan bijak sebelum melakukan penukaran tersebut.



Sekiranya anda telah memohon amaun kelayakan maksimum semasa permohonan asal dilakukan, hal ini demikian bermakna tiada lagi pindaan amaun yang boleh anda lakukan.

Nota Penting Pindaan Amaun i-Sinar KWSP

1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
2. Untuk tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
3. Sila pastikan bahawa anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahalu sebagai rujukan untuk melancarkan proses kemas kini maklumat.
4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan juga maklumat yang berkaitan dengan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
5. Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
    – Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
    – Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
    – Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat

Cara Untuk Menukar Amaun i-Sinar Online Yang Terkini

1. Layari portal i sinar
2. Klik Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan nombor kad pengenalan Dan No Telefon.
3. Klik “Teruskan”
4. Sahkan OTP
5. Sahkn No. telefon dan alamat
6. Pilih jumlah baharu. Sekiranya sebelum ini anda pernah memohon amaun RM10,000 anda tidak boleh untuk membuat pindaan amaun.
7. Jika selesai membuat pindahan amaun, klik pengesahan dan ‘saya bukan robot’ kemudian klik sahkan.
8. Akhir sekali tunggu permohonan diluluskan dalam tempoh masa 5 hari bekerja.

Soal Jawab Tentang Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar KWSP

1. Bolehkah saya memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar?

Anda boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar sekiranya permohonan anda telah diluluskan tertakluk kepada:

    – Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
    – Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.

2. Sekiranya permohonan pindaan amaun i-Sinar diluluskan, bilakah amaun baharu itu akan berkuatkuasa?

Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

3. Bagaimanakah saya boleh memohon untuk membuat pindaan amaun pengeluaran i-Sinar?

Pindaan amaun pengeluaran i-Sinar boleh dimohon melalui fungsi ‘PINDAAN PENGELUARAN – Amaun Dimohon’ di i-Sinar online.

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk melakukan pindaan amaun i-Sinar KWSP. Selamat Mencuba.

Leave a Comment