Panduan Memohon Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000 ~ PEMULIH

Bantuan%2BKhas%2BCOVID 19%2BRM1%252C300%2Bmiskin%2Btegar%252C%2Bb40%2Bbujang%2Bdan%2Bm40%2B%25282%2529

image


Baru-baru ini Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pakej ini adalah bertujuan untuk membantu serta meringankan kesusahan rakyat yang mereka sedang hadapi.

Pihak KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan maklumat terperinci tentang bantuan PEMULIH tersebut.

Syarat-syarat i-Citra

Berikut merupakan permohonan baharu i-Citra, seramai lebih 12.6 juta ahli KWSP boleh untuk melakukan pengeluaran sehingga RM5,000.

Kadar bayaran tetap adalah sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli tersebut.

Pelaksanaan i-Citra ini dijangka akan dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.


Panduan Memohon Serta Tarikh Permohonan

Kepada ahli, anda boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my (sedang diselenggara) mulai 15 JULAI 2021.

Bila Pembayaran Dikreditkan?

Bagi pembayaran pertama akan dijangka dikreditkan ke dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

1 thought on “Panduan Memohon Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000 ~ PEMULIH”

Leave a Comment