Bantuan Khas COVID-19 (BKC) RM1,300 ~ PEMULIH

Bantuan%2BKhas%2BCOVID 19%2BRM1%252C300%2Bmiskin%2Btegar%252C%2Bb40%2Bbujang%2Bdan%2Bm40%2B%25281%2529


TELEGRAM%2BLMS%2B2

Baru-baru ini Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pakej ini adalah bertujuan untuk membantu serta meringankan kesusahan rakyat yang mereka sedang hadapi.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan maklumat terperinci tentang bantuan PEMULIH tersebut.


Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Terkini

Semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan sebelum ini, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada bulan Julai serta bayarannya akan dilakukan secara berperingkat mulai esok pada 29 JUN 2021.

Untuk BPR Fasa Ketiga pula, dengan kadar bantuan antara RM100 sehingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti.

Pada bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR. Secara keseluruhannya, nilai Bantuan Prihatin Rakyat sehingga hujung tahun ini adalah 4.9 bilion ringgit.


Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Berikut merupakan maklumat pemberian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar serta kategori seperti yang berikut:-



Isi Rumah Kategori Miskin Tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pula pada bulan November dan juga RM300 pada bulan Disember. Manakala bagi Individu Bujang Kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos serta RM300 pula pada bulan November.

Isi Rumah Kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan juga RM300 pada bulan Disember. Manakala Bujang Kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan 6

Isi Rumah Kategori M40 pula turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bagi Kategori Bujang M40 pula akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Jika dilihat secara keseluruhannya, pemberian khas BKC tersebut dijangka akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah serta individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.

Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

– mingguankerja

Leave a Comment