Akhirnya, masa yang tepat untuk kembalikan Inisiatif Bantu Rakyat & Perniagaan

Akhirnya%252C%2Bmasa%2Byang%2Btepat%2Buntuk%2Bkembalikan%2Binisiatif%2Bbantu%2Brakyat%252C%2Bperniagaan

image

Dapatkan info bantuan kerajaan di channel Telegram rasmi: https://t.me/laporanmediasemasa

Pihak kerajaan akan melaksanakan semula inisiatif untuk membantu rakyat dan perniagaan yang pernah diperkenalkan sebelum ini susulan hadirnya Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata bahawa pihak kerajaan tidak pernah berhenti daripada membantu rakyat serta sentiasa berusaha memikirkan penyelesaian bersama.

“Dengan adanya Pelan Pemulihan Negara ini, inilah masa yang sangat tepat untuk kita kembalikan inisiatif sebegini (seperti sebelum ini) untuk membantu rakyat dan perniagaan,” katanya menerusi posting di laman Facebook beliau pada Ahad lalu.


Beliau berkata bahawa perbincangannya dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia telah diadakan pada minggu ini.

“Teringat kembali peristiwa tahun lalu, bila pihak kerajaan ini pertama sekali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik agar dapat membantu lebih ramai rakyat untuk hadapi cabaran COVID-19.

“Kita adalah negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif sebegini. Pada mulanya dihentam habis-habisan oleh suara-suara yang membangkang,” katanya.

Namun yang sedemikian, Tengku Zafrul berkata selepas itu ada dalam kalangan mereka yang sedar akan kesan positif pada rakyat serta mula untuk menyokong program tersebut. 



i-Sinar merupakan satu kemudahan pengeluaran dari Akaun 1 untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

i-Lestari pula merupakan satu program KWSP bagi pengeluaran dari Akaun 2.

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank.

– BERNAMA

Leave a Comment