i-Sinar: Jumlah Pengeluaran i-Sinar Boleh Di Tukar Mulai 8 Mac

Jumlah%2BPengeluaran%2Bi Sinar%2BBoleh%2BDi%2BTukar%2BMulai%2B8%2BMac

image

Seperti yang kita ketahui pembayaran bagi Kategori 2 telah dilaksanakan bermula 2 Mac lalu lagi, hal ini demikian sedia maklum bahawa KWSP turut membuat kenyataan berkenaan dengan permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat boleh dilakukan bermula pada 8 Mac depan.

Seterusnya adalah pihak KWSP juga ada membuat kenyataan mengenai perubahan maklumat i-Sinar. Sebelum ini, ramai sangat pemohon yang telah melakukan kesalahan tersilap memasukkan amaun pengeluaran dan lain-lain.

Perubahan Berkenaan Maklumat i-Sinar

Pihak KWSP mendengar suara hati dan rintihan para pemohon, oleh disebabkan itu ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat perubahan maklumat akaun permohonan i-Sinar bermula pada:

    – 8 Mac 2021 (ISNIN)
    – Sama tarikh dengan permohonan baharu i-Sinar iaitu 8 Mac juga



Perubahan Yang Dapat Dilakukan

Daripada kenyataan yang telah dikeluarkan daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kelonggaran melakukan pindahan ialah seperti yang berikut

1. Jumlah dipohon
2. Pengubahan maklumat bank
3. Alamat
4. Nombor telefon
5. Mod pembayaran i-Sinar

Perubahan boleh dilakukan menerusi laman web rasmi i-Sinar.

Leave a Comment