KWSP: Semua Cawangan KWSP Seluruh Negara Dibuka Bermula 8 Mac Untuk Semua Jenis Perkhidmatan

Semua%2BCawangan%2BKWSP%2BSeluruh%2BNegara%2BDibuka%2BBermula%2B8%2BMac%2B %2BUntuk%2BSemua%2BJenis%2BPerkhidmatan

image

Berita gembira buat semua ahli KWSP yang ingin berurusan di cawangan KWSP bagi menguruskan permohonan i-Sinar, i-Lestari dan sebagainya. Ini adalah berita terkini yang telah dikeluarkan oleh pihak KWSP berkenaan tentang pembukaan semua cawangan KWSP di seluruh negara.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan maklumat yang terkini bagi pembukaan cawangan KWSP di seluruh negara.

Semua Cawangan KWSP Di Seluruh Negara Kini Dibuka

Bermula pada 8 Mac 2021 (ISNIN), semua cawangan KWSP di seluruh negara akan kembali beroperasi.



Waktu Operasi Kaunter & Kios

Bermula dari jam 8:30 pagi sehingga 4:00 petang

Waktu Operasi ini akan dibuka untuk semua jenis perkhidmatan.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dengan permohonan anda, anda boleh pergi ke kaunter cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat anda untuk berurusan.

Membuat Janji Temu Sebelum Berurusan di Kaunter KWSP

Untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan bersama dan juga memastikan kelancaran urusan anda, anda dikehendaki untuk membuat Janji Temu Online (https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu) sebelum hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan dengan anda.

Kenyataan Rasmi Pembukaan Semua Cawangan KWSP

image

Maklumat Selanjutnya

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848

Leave a Comment