[RASMI] Cara Memohon Bantuan JKM Kanak-Kanak 2021 ~ Maksimum Terima Sehingga RM1,000

Cara%2BMEMohon%2BBantuan%2BJKM%2BKanak Kanak%2B2021%2BMaksimum%2BTerima%2BSehingga%2BRM1%252C000

Berita baik buat anda semua, bermula pada tahun 2021 ini Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menaikkan daripada jumlah sebelumnya seperti apa yang telah diluluskan di dalam Belanjawan 2021 yang lalu.

image

Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh YB DS Rina Binti Mohd Harun yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui siaran beliau di laman Facebook.

Sila ikuti segala perkongsian serta maklumat penuh yang berkaitan dengan Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah disediakan oleh laman Laporan Media Semasa di bawah ini. Semoga bermanfaat bagi anda semua.

KADAR BANTUAN JKM KANAK-KANAK 2021

Untuk makluman anda semua, kadar bantuan JKM Kanak-kanak bakal dinaikkan berdasarkan kepada ketetapan yang berikut.

Jumlah Bantuan Lama:

  • Maksimum bagi seorang anak bakal menerima RM100
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang

Jumlah Bantuan Baharu (Bermula 2021):

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun bakal menerima RM150 (sebulan) seorang
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 (sebulan) seorang
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan

BACA JUGA: Permohonan Bantuan Skim Pinjaman Komputer Institusi Pendidikan MARA ~ Terima Sehingga RM3,000 Seorang!


SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan yang anda perlu patuhi sebelum membuat sebarang permohonan:

  1. Mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun dan keatas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
  4. Mana-mana kes yang bekeperluan layak dipertimbangkan dengan mendapat kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

Untuk makluman anda semua, terdapat dua cara bagi membuat permohonan Bantuan JKM Kanak-Kanak ini yang mana ianya terbahagi kepada permohonan secara manual dan permohonan secara online.

Permohonan Secara Online

  1. Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus tekan pada pautan ini http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Pada halaman seterusnya, pilih Negeri dan sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan butang Daftar
  5. Sila masukkan segala maklumat yang lain yang berkaitan
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dilakukan secara atas talian. Kegagalan anda untuk berbuat sedemikian akan membatalkan permohonan anda secara automatik.

BACA JUGA: Permohonan Bantuan Internet Kepada Setiap Pelajar Sekolah Sebanyak RM100 ~ MOHON SEGERA!


Sila bawa dokumen tersebut semasa hadir ke Pejabat JKM:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air / telefon / elektrik / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Permohonan Secara Manual

Untuk melakukan permohonan secara manual, anda boleh menghadiri mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh rujuk DI SINI

BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM 2021

Berikut adalah merupakan borang permohonan yang anda perlu memuat turun terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang permohonan:

  • JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – klik dan muat turun DI SINI
  • Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 – klik dan muat turun DI SINI


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat selanjutnya yang berkaitan dengan bantuan JKM, sila hubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang di paparkan di bawah ini.


Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03-8000 8000
Fax : 03-8323 2045
Email : Maklum Balas (ISPAAA)

Leave a Comment