[RASMI] Jadual Penuh Operasi Pendidikan di Negeri PKP, PKPB, PKPP Tahun 2021

Jadual%2BPenuh%2BPersekolahan%2BBagi%2BNegeri%2Bpkp%2B %2Bpkpb%2B %2Bpkpp%2Btahun%2B2021

NEW%2BLMS

Menteri Pendidikan iaitu Dr Mohd Radzi Md Jidin pada sidang media sebentar tadi mengumumkan bahawa Pembukaan Sekolah di Kawasan PKP, PKPP serta PKPB ini merujuk terhadap rumusan pengoperasian institusi pendidikan di kawasan PKP, PKPP dan PKPB.

Pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM sahaja termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.

BACA JUGA: [RASMI] Cara Memohon Bantuan JKM Kanak-Kanak 2021 ~ Maksimum Terima Sehingga RM1,000

138301902 2571852053112020 8215988711947200680 n

136786238 2571852059778686 8331665454755339146 n

Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana


Guru-guru dikehendaki kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021. Kehadiran guru ke sekolah pula seperti berikut: –

  • Guru terlibat dengan kelas peperiksaan
  • Guru terlibat dengan pengurusan peperiksaan
  • Guru lain yang diarahkan hadir bertugas oleh Ketua Jabatan


Selain itu, kehadiran terhadap AKP pula adalah tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan mengikut garis panduan semasa yang telah diedarkan.

BACA JUGA: Permohonan Bantuan Skim Pinjaman Komputer Institusi Pendidikan MARA ~ Terima Sehingga RM3,000 Seorang!

Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru


Kehadiran pensyarah-pensyarah bagi bertugas di Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru tertakluk kepada arahan Ketua jabatan. Ini merupakan butiran keberadaan pelajar kolej matrikulasi:-

  • Pelajar kekal berada di kolej.
  • Sesi PdP secara hibrid di kolej.


Untuk pelajar Institut Pendidikan Guru pula, sesi pembelajaran segala program pengajian akan dilaksana semuanya di dalam talian bermula pada 17 Januari 2021.

Institusi Pendidikan Swasta


PdP secara bersemuka bagi di sekolah swasta serta di sekolah antarabangsa hanya dibenarkan untuk kelas peperiksaan sahaja. Tadika swasta yang berdaftar bawah KPM di kawasan PKP boleh terus beroperasi secara bersemuka.

Bagi Institusi Pendidikan Swasta lain tidak dibenarkan beroperasi secara bersemuka. Pengoperasian IPS adalah tertakluk pada Garis Panduan Pengurusan serta Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu.

Soalan Berkenaan Penggunaan Buku Teks

Tentang pengurusan buku teks pula akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dan institusi masing-masing. Pihak sekolah akan berhubung dengan ibu bapa mengenai urusan ini.

Informasi lanjut akan dikemaskini.

Leave a Comment