TERKINI: Agong Perkenankan DARURAT sehingga 1 Ogos 2021 ~ Bendung Covid-19

Agong%2BPerkenan%2BDARURAT%2Bsehingga%2B1%2BOgos%2B2021%2B %2BBendung%2BCovid 19

NEW%2BLMS

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberikan perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah-langkah proaktif supaya dapat membendung gejala wabak COVID-19.


Agong Perkenan Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Seri Paduka Baginda juga turut memberikan perkenan bagi tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 ataupun sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal serta merta dan diturunkan dengan lebih berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin menyembah maklum tentang keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet serta mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Darurat Mengambil Kira Keselamatan Diri Rakyat dan Kepentingan Negara


Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin perkenan darurat itu mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara.

“Ianya juga berdasarkan statistik semasa COVID-19, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri masing-masing yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat tersebut.

Pembentukan Satu Jawatankuasa Bebas Dianggotai Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang Serta Pakar-Pakar Kesihatan


“Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

“Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” katanya.

COVID-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus. Di Lembah Klang, penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah mencapai 100 peratus, manakala di Hospital Sungai Buloh 83 peratus.

Kadar penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Perak, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak pula telah melebihi 70 peratus.

Agong Menyeru Rakyat Jelata Berdisiplin Mematuhi SOP dan Semua Perintah Kerajaan Semasa Pelaksanaan Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan

Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat jelata untuk bersama berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan semua perintah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan semasa pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Sekiranya kes ini tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan, maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara,” kata kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal menghadapi pelaksanaan darurat ini dan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama.

Leave a Comment