PTPTN: Permohonan Melanjutkan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Covid 19 ~ bermula dari Januari Sehingga Mac 2021

PERMOHONAN%2BPENANGGUHAN%2BBAYARAN%2BBALIK%2BPTPTN%2BCOVID19%2B %2BBERMULA%2BJANUARI%2BSEHINGGA%2BMAC%2B2021

Tahukah anda, segala peminjam PTPTN telah pun diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman bermula pada 19 Mac 2020 sehingga pada 31 Disember 2020 yang lalu semasa negara sedang diserang oleh pandemik Covid-19.

NEW%2BLMS

Akhirnya, kerajaan telah pun bersetuju bahawa akan memberikan lanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan kepada peminjam yang layak sahaja. Hal ini demikian kerana kerajaan berasa prihatin serta memandang serius bahawa ramai peminjam yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 tersebut.


Laman Laporan Media Semasa ingin mengongsikan kepada anda semua Tempoh penangguhan PTPTN 2021, syarat kelayakan dan cara pemohonan yang anda perlu fahami sebelum membuat penangguhan bayaran PTPTN 2021.

BACA JUGA: Permohonan Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Bulanan Kini Dibuka ~ Mohon Segera!


Tempoh Penangguhan PTPTN 2021

Tempoh bagi penangguhan bayaran balik pinjaman tersebut akan bermula dari bulan permohonan pelanjutan yang diluluskan.

Pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 akan diberikan selama 3 bulan bermula pada bulan kelulusan pelanjutan diberikan seperti jadual di bawah:

jadual%2Bptptn

Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima sebelum kelulusan pelanjutan penangguhan.

Contoh: Peminjam telah membuat bayaran balik pada bulan 15 Februari 2021 serta melakukan permohonan pelanjutan penangguhan bayaran balik pada 20 Februari 2021. Bayaran balik yang diterima pada bulan 15 Februari 2021 tidak akan dipulangkan.

Syarat Penangguhan Bayaran Balik PTPTN COVID-19 2021


Terdapat dua Kategori Peminjam PTPTN yang layak untuk menangguhkan bayaran PTPTN Covid-19 adalah seperti berikut :

  1. Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik Covid-19.
  2. Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik Covid-19.

Cara Melakukan Permohonan

Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai pada 5 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Berikut adalah langkah membuat permohonan penangguhan PTPTN 2021:

  1. Peminjam yang layak perlu melakukan permohonan serta pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19).
  2. Peminjam dikehendaki untuk melakukan pengisian maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat akuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.
  3. Tiada sebarang dokumen diperlukan.
  4. PTPTN akan memaklumkan anda tentang status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam masa tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.


permohonan%2Bptptn

NOTA: Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan ini dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dilakukan.

Penstrukturan / Penjadualan Semula


Peminjam yang telah diluluskan penstrukturan semula / penjadualan semula / penggabungan di dalam tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah tidak layak untuk menangguhkan bayaran balik serta anda hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji / Direct Debit.

Pelanjutan penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan.

Contoh:

  • Peminjam diluluskan pelanjutan penangguhan mulai Mac hingga Mei 2021.
  • Sekiranya peminjam membuat rundingan bayaran balik seperti penstrukturan semula/ penjadualan semula dan penggabungan dalam tempoh pelanjutan penangguhan (Mac – Mei 2021), kelulusan pelanjutan penangguhan akan dibatalkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat seterusnya, sila berhubung dengan permohonan penangguhan PTPTN 2021, sila rujuk saluran berikut:

Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
Mengemukakan pertanyaan di pautan https://bit.ly/eAduanPTPTN. Pegawai PTPTN akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
FAQ Penangguhan Bayaran Balik PTPTN COVID19

Sumber: mingguankerja.my

Leave a Comment