Permohonan Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Bulanan Kini Dibuka ~ Mohon Segera!

PERMOHONAN%2BBANTUAN%2BDEPOSIT%2BSEWA%2BRUMAH%2BDAN%2BSEWA%2BBULANAN


Untuk makluman anda semua, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memberikan peluang kepada para asnaf bagi menjalani kehidupan dengan lebih baik serta menyempurnakan dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa.

Berikut adalah merupakan semua maklumat lengkap yang berkenaan tentang permohonan bantuan deposit rumah serta sewa bulanan yang telah laman Laporan Media Semasa sediakan kepada anda. 


NEW%2BLMS

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan yang wajib anda semua patuhi sebelum membuat sebarang permohonan:

  1. Beragama Islam
  2. Merupakan Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan yang tidak kurang daripada satu tahun serta masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (kira DI SINI)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum anda melakukan sebarang permohonan:

1. Borang permohonan.


2. Satu keping gambar pemohon berukuran passport sahaja (menutup aurat bagi perempuan).

3. Satu salinan kad pengenalan:


    > Pemohon

    > Suami

    > Isteri

    > Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat pula, anda perlu sertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara ataupun boleh disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan – klik DI SINI)


4. Satu salinan penyata pendapatan / pencen / PERKESO. Bagi anda yang tidak mempunyai slip gaji, anda perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan – klik DI SINI)

    > Kepada mereka yang menetap di Labuan, sebagai pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang telah disahkan oleh ketua kampung.

5. Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (Contoh: DBKL, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).


6. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)

7. Satu salinan surat perjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)

8. Sati salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.

DOKUMEN LAIN (SEKIRANYA DIPERLUKAN)

GAMBAR%2B1


HANTAR PERMOHONAN

Segala borang permohonan yang anda telah lengkapkan dan sertakan bersama dengan segala dokumen yang diperlukan boleh dihantar dan anda perlu menghadirkan diri ke kaunter Baitulmal MAIWP – (rujuk DI SINI)

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda!

Sumber: salamkerjaya.com

Leave a Comment