Belanjawan 2021: Bantuan Khas Kepada Penjawat Awam Sebanyak RM600 dan Pesara Kerajaan Sebanyak RM300 ~ Syarat Kelayakan dan Tarikh Penting Pembayaran

PENJAWAT%2BAWAM


TERKINI, Kerajaan telah pun mengumumkan bagi memberikan Bantuan Khas Penjawat Awam sebanyak RM600 sahaja dalam belanjawan 2021.

Antara golongan yang layak untuk menerima bantuan ini ialah Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah sahaja.

NEW%2BLMS

Di samping itu juga, pesara kerajaan yang telah menerima pencen serta vateran yang tidak berpencen juga akan menerima bantuan khas tersebut.

Seterusnya bagi pesara kerajaan pula, kerajaan akan menyalurkan bantuan khas sebanyak RM300 bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang telah pun ditetapkan.

Namun yang sedemikian, penjawat awam mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman pada 14 Disember tahun lepas.



Laman Laporan Media Semasa akan mengongsikan kepada anda syarat-syarat kelayakan yang anda perlu penuhi sebelum anda akan menerima Bantuan Khas Penjawat Awam ini.

bantuan%2Bpenjawat%2Bawam

Infografik Bantuan Khas Penjawat Awam

61604663802 freesize%2B%25281%2529

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Penjawat Awam

Bantuan Khas Penjawat Awam berserta pesara kerajaan ini bahawa akan dibayar bermula pada 25 Januari 2021.

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Khas Penjawat Awam


Penjawat awam dalam kategori berikut layak akan menerima Bantuan Khas Penjawat Awam sebanyak RM600 iaitu:

  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana tersebut merupakan:

        1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
        2. Pegawai yang bercuti gaji penuh.
        3. Pegawai yang bercuti separuh gaji.
        4. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
  • Guru Interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.

bantuan%2Bpenjawat%2Bawam%2B2

Penjawat Awam Yang Ditangguhkan Menerima Bantuan Khas

Terdapat juga beberapa penjawat awam yang akan ditangguhkan penerimaan bantuan khas ini iaitu:
  • Pegawai yang ditahan kerja.
  • Digantung kerja.
  • Surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

Penjawat awam terbabit akan menerima bantuan khas tersebut sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati mereka tidak bersalah.

Penjawat Awam Yang Tidak Layak Menerima Bantuan Khas

Namun yang sedemikian, terdapat beberapa kategori penjawat awam yang akan tidak layak menerima bantuan khas tersebut iaitu:

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjamkan atau ditukarkan dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Khas.
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  3. Pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  4. Pegawai yang berpencen serta melepaskan pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

bantuan%2Bpenjawat%2Bawam%2B3

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat anda seterusnya, sila layari laman media sosial facebook Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan Bantuan Khas Penjawat Awam. 

bantuan%2Bpenjawat%2Bawam%2B4

Semoga artikel ini bermanfaat kepada seluruh warganegara Malaysia.

Sumber: mingguankerja.my

Leave a Comment