“Kalau Tak Boleh Nak Terima Kritikan, Jangan Masuk Pertandingan”.

 
Terkilan%2Bdengan%2Bkritikan%2Bpedas%2Bterhadap%2Bpersembahannya%2Bdi%2BGegar%2BVaganza%2Bmusim%2Bketujuh%2B%2528GV7%2529%2Byang%2Bdiberikan%2Boleh%2BMichael%2BAng%2Bdi%2Bmedia%2Bsosial%252C%2Bpenyanyi%2BNoraniza%2BIdris%2Bmahu%2Bbersemuka%2Bdengan%2Bpengarah%2Bitu.

Terkilan dengan kritikan yang pedas terhadap persembahannya di Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang diberikan oleh Michael Ang di media sosial, penyanyi Noraniza Idris ingin bersemuka dengan pengarah itu.

Siap bersedia untuk bersemuka, Michael berkata bukan hanya Noraniza sahaja tetapi semua peserta juga turut mendapatkan kritikan jika persembahan tidak berapa bagus. Katanya lagi, jika menyertai pertandingan realiti, anda sepatutnya sudah bersedia dengan kritikan yang akan diajukan.

“Saya tak ada masalah nak jumpa tapi saya akan cakap benda yang sama. Dia menyanyi lagu tradisional memang bagus tapi untuk lagu genre lain tak berapa nak bagus. Bukan saya sorang yang komen macam itu, ramai lagi netizen buat benda yang sama.

“Saya komen berdasarkan persembahan dia, kalau tak bagus, saya cakap tak bagus dan sebaliknya. Saya juga ada beri kritikan kepada peserta GV7 dan program realiti lain, kalau anda tak boleh terima jangan masuk pertandingan realiti,” katanya.

Dalam pada itu, Michael turut kesal dengan kenyataan seorang netizen yang menuduhnya memeluk Islam untuk meraih populariti. Enggan menuduh mana-mana pihak, Michael berkata jika melibatkan hal agama ianya merupakan isu sensitif.

“Saya tak nak tuduh mana-mana pihak tapi status yang telah menuduh saya masuk Islam kerana nak popular itu daripada akaun Facebook dia (Noraniza). Kalau betul masuk Islam nak popular, lebih baik dari awal lagi saya tunjukkan video saya sedang mengucap kalimah syahadah,” katanya.

Leave a Comment