Anak Emma Maembong Bermata Kelabu Jadi Perhatian

 

Anak%2BEmma%2BMaembong%2BBermata%2BKelabu%2BJadi%2BPerhatian

Alhamdulillah,selamat melahirkan anak sulung pada 8 November lalu, pelakon Emma Maembong tidak kedekut untuk berkongsikan gambar-gambar bersama puteranya meskipun masih dalam waktu tempoh berpantang.

Usia anaknya kini sudah mencecah sebulan, Emma berkongsikan gambar anaknya pertama kali melakukan photoshoo. Rata-rata netizen memuji kecomelan anak pelakon itu.

Capture%2B3

Capture%2B4

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah keunikan mata anak Emma yang berwarna kelabu sekaligus mendapat pujian netizen. Kata netizen lagi, pasti apabila besar kelak memiliki rupa paras yang kacak.

Meskipun sudah mendedahkan wajah anaknya kepada umum namun setakat ini Emma dan suami masih belum memaklumkan nama anak mereka.

Emma dan Muhammad Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan berita kehamilannya ketika usia kandungan memasuki 4 bulan ketika mereka sedang bercuti di Langkawi.


Capture%2B2


Leave a Comment