i-Suri KWSP: Panduan Untuk Memohon Bantuan RM480

i Suri%2BKWSP%2BBantuan%2BRM480%2Buntuk%2Bsuri%2Brumah%252C%2Bbalu%2B%2526%2Bibu%2Btunggal

image

Untuk pengetahuan anda semua, bantuan i-Suri KWSP kini akan diteruskan demi memastikan kesejahteraan bagi golongan suri rumah untuk mengiktirafkan pengorbanan mereka sebagai suri rumah.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan jumlah kadar bayaran secara keseluruhan.

image

Jumlah Bantuan Keseluruhan

Berikut merupakan jumlah bagi bantuan keseluruhan:
– Pembayaran sebanyak RM480 akan bermula pada tahun 2019 dan juga pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021
– Bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM2,500.
– Penerima i-Suri juga akan menerima dividen tahuan daripada KWSP sama seperti pencarum yang lain.
– Bantuan Hilang Upaya turut disediakan.

Kriteria Kelayakan i-Suri KWSP

Kepada mereka yang berminat bagi melakukan pendaftaran i-Suri KWSP ini, anda perlulah mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan, antaranya:
– Warganegara Malaysia
– Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih
– Belum mencapai umur 60 tahun
– Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
– Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)

Siapakah Yang Boleh Mencarum?

– Suami bagi pasangan yang layak
– Diri sendiri (isteri)

Borang Pendaftaran Serta Panduan Untuk Memohon

Kepada nada yang telah memenuhi kriteria serta juga hendak melakukan permohonan mengenai inisiatif ini, anda perlulah hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:


1. Borang i-Suri – KWSP 16G (M) BORANG (Pendaftaran buat kali pertama sahaja)
2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)

Bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM20 juta untuk mejayakan program ini.

Caruman tersebut akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih.



Pembayaran Caruman

Untuk melayakkan suri rumah bagi mendapatkan RM40 sebulan, caruman individu mestilah dilakukan ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau pun RM60 setahun. 

Pembayaran caruman tersebut boleh dilakukan melalui tiga kaedah iaitu:


1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

PERHATIAN!
– Pemohon hendaklah berdaftar di dalam sistem e-Kasih. Ini juga termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (Balu, Bercerai ataupun Bujang)

Semakan Status Pendaftaran i-Suri
1. Anda perlu layari portal rasmi e-Kasih
2. Anda perlu masukkan nombor MyKad dan Klik ‘Cari’ untuk semak pendaftaran

Semoga perkongsian ini serba sedikit dapat memberikan manfaat kepada anda serta keluarga.

Leave a Comment