Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Pelan Pemulihan Negara

Intipati%2BPerutusan%2BKhas%2BPerdana%2BMenteri

image

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Negara. Ikuti perkongian kami seperti yang berikut:

1. Negara kehilangan RM1 billion ringgit sehari sepanjang PKP dilaksanakan pada masa ini.

2. PM mengumumkan strategi Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi 4 fasa, hal ini yang sedemikian melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat.

3. Kerajaan akan mempertimbangkan peralihan bagi fasa pertama kepada fasa kedua PKP sekiranya purata kes harian COVID-19 di bawah 4,000 .

4. Aktiviti sosial serta rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan semasa fasa 2 PKP

5. Kerajaan akan mempertimbangkan aktiviti-aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dalam fasa kedua peralihan PKP dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis.


6. Segala aktiviti pembuatan dibenarkan beroperasi semasa fasa ketiga PKP tertakluk kepada SOP serta juga had kapasiti.

7. Semasa dalam fasa ketiga PKP, semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19 di bawah 2,000 kes.

8. Sidang Parlimen boleh diadakan semada dalam fasa ketiga PKP, sekitar September atau Oktober.

9. Kita akan dapat mengelakkan bencana melalui pelaksanaan PKP.

Leave a Comment