Kelulusan Automatik Moratorium Untuk Peniaga Yang Tidak Boleh Beroperasi Sepanjang PKP 3.0

Kelulusan%2BAutomatik%2BMoratorium%2BUntuk%2BPeniaga%2BYang%2BTidak%2BBoleh%2BBeroperasi%2BSepanjang%2BPKP%2B3.0

image

Perniagaan yang tidak tersenarai di dalam senarai yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dan pekerja mereka boleh untuk melakukan permohonan moratorium dan juga akan diberikan kelulusan secara automatik.


Oleh yang sedemikian, hal ini juga termasuklah dengan individu golongan M40 serta T20 yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan PKP 3.0 ini.


Menurut daripada Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aiz, pihak kerajaan akan terus memberikan bantuan kewangan secara bersasar kepada perniagaan serta kepada individu yang terjejas.


Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) turut menyatakan bahawa moraotium secara automatik akan diberikan kepada golongan B40 jika mereka memohon, tidak kira sama ada dalam keadaan yang terjejas pendapatan atau pun tidak.



“Begitu juga individu M40 dan T20 yang terjejas pendapatan akan turut serta dibantu. Jika kewangan mereka tersebut terkesan disebabkan oleh sekatan pergerakan penuh, mereka boleh untuk memalukan permohonan moratorium dan akan diberikan secara automatik.”


“Hal ini yang sedemikian termasuk dengan perniagaan yang berada dalam sektor tidak dibenarkan beroperasi oleh MKN sepanjang tempoh ini.”

Namun, terhadap individu yang tidak terjejas pula, mereka boleh membayar pinjaman seperti biasa.

Tengku Zafrul berkata, sepanjang krisis COVID-10, pihak kerajaan akan bertungkus lumus untuk menyalurkan bantuan tunai secara langsung kepada golongan yang terjejas. Seterusnya, jumlah besar bantuan tunai secara langsung yang telah diberikan kepada rakyat bagi keseluruhan 2021 adalah sebanyak RM16.7 bilion.

Leave a Comment