Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri RM1000. Bonus Aidilfitri RM1,000 atau bantuan Aidilfitri sebulan gaji akan mula dikreditkan bermula 8 April seperti yang telah diumumkan Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Sebelum itu, bantuan aidilfitri ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor.

TENGAH TRENDING:————————-

———————————————

Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri RM1000

Untuk pebgetahuan, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumkan pemberian Bantuan Aidilfitri ini yang merupakan insentif tambahan sebagai persediaan menyambut hari raya Aidilfitri bagi tahun ini.

Jumlah bantuan adalah SEBULAN GAJI ataupun minimum RM1,000 ini akan diberikan kepada anggota perkhidmatan awam negeri.

Dengan adanya pemberian bantuan khas ini, diharapkan akan memberi manfaat kepada setiap penjawat yang menerimanya.

Senarai Penerima Bantuan Khas Aidilfitri

Antara penerima yang layak termasuklah :

  • Penjawat awam Selangor
  • Penjawat awam persekutuan lantikan tetap
  • Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  • Pegawai Perhubungan Kampung
  • Penyelia Pusat Wanita (WBS)
  • Penggerak Belia Selangor (PeBS)

Penerima di atas dijangkakan akan menerima bantuan berjumlah SEBULAN ELAUN.

Bantuan Khas Aidilfitri RM500

Selain daripada bantuan khas RM1,000 atau sebulan gaji. Terdapat juga bantuan tambahan RM500 yang hanya diberikan kepada :

  • Nazir
  • Imam rawatib
  • Siak
  • Bilal
  • Guru rakyat di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Tarikh Rasmi Bantuan Khas Aidilfitri

Tarikh bayaran bantuan khas Aidilfitri Negeri Selangor ini dijangka mula dibayar pada 8 April 2024.

Selain daripada negeri Selangor, Kerajaan Negeri lain juga turut memberikan Bantuan Aidilfitri contohnya Negeri Perak dan Pulau Pinang.

Penafian

LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 Mula Dikreditkan Hari Ini 4

Leave a Comment