Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telah mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diagihkan kepada penerima mulai April 2024.

Tahun ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.

Walau bagaimanapun angka ini dijangka akan naik hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman kita bersama.

TENGAH TRENDING:————–

—————————————————————

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) .

Kerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 2 juga akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan yang disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024 9

Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai 3 April 2024 (Rabu) dan akan dikreditkan secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada awal bulan April – dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Terkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2024

Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024 10
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024 11

Bagi kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti yang berikut:

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024 12

Kaedah Bayaran STR Fasa 2 2024

  1. Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
    • Kredit ke Akaun Bank
  2. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
    • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit.
Cara Semakan Status STR Fasa 2 2024

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Berikut telah disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan tersebut.

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024 13
Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Penafian

LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024 14

Leave a Comment