Permohonan Bantuan Bina Rumah RM60,000 Tahun 2024

Permohonan Bantuan Bina Rumah. Sekiranya anda tergolong dalam kategori kelompok B40, anda layak untuk menerima Bantuan Bina Rumah atas tanah sendiri sehingga RM60,000.

Program ini adalah antara dari inisiatif kerajaan Madani untuk meringankan beban kelompok yang berpendapatan rendah dengan membantu membiaya pinjaman membangunkan rumah sehingga rakyat memiliki sumber daya untuk memiliki rumah sendiri.

Ketahui lebih lanjut panduan ringkas tentang cara mohon, syarat kelayakan dan kriteria-kriteria wajib bagi skim bantuan yang kerajaan perkenalkan ini.

Syarat Kelayakan Bantuan Bina Rumah RM60,000

Untuk makluman, dibawah merupakan syarat kelayakan yang perlu untuk melayakkan anda mendapatkan bantuan ini:

  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 – 71 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan.
  • Belum mempunyai rumah.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga sendiri.
Permohonan Bantuan Bina Rumah
Permohonan Bantuan Bina Rumah RM60,000 Tahun 2024 5

Syarat Skim Bantuan Bina Rumah RM60,000

Berikut merupakan syarat pinjaman yang telah ditetapkan:

  • Had pinjaman maksimum adalah RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran.

TENGAH TRENDING:———-

Syarat Pinjaman Generasi 2

  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur di antara 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 – 35 tahun.
  • Berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.
  • Perlindungan insurans hanya untuk generasi kedua sahaja.
  • Generasi kedua mestilah anak kandung kepada pemohon.

Kaedah Cagaran Tanah

Dibawah merupakan kaedah cagaran tanah milik peminjam atau milik anggota keluarga terdekat dengan kebenaran tertulis dari pemilik tanah.

  • Nilai tanah yang dicagarkan (mengikut nilai dari Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) tidak boleh lebih rendah dari jumlah pinjaman.
  • Tanah milik pajak harus memenuhi syarat-syarat sebagai berikut;
  • Masa pajak yang sesuai dari tanah yang dicagarkan setidaknya 40 tahun.
  • Memperoleh hak cagaran tanah dari badan berkuasa negeri tersebut.
Syarat Pembinaan Rumah
  • Rumah kos rendah
  • Keluasan tanah 700 – 1,000 kaki persegi
  • Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur
  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oeh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja
  • Pemohon tidak boleh menggunakan pelan sendiri
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Perlantikam kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM 5,000
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh terus ke Bahagian Pengurusan Perumahan, Cawangan Pembiayaan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan,

Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Permohonan Bantuan Bina Rumah RM60,000 Tahun 2024 6

Leave a Comment