STR Bujang Fasa 2 : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah

STR Bujang Fasa 2. Alhamdulillah, untuk golongan bujang, anda boleh melakukan semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang tahun 2024.

Anda boleh rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima.

TENGAH TRENDING:———————–

——————————————

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Untuk makluman, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

Golongan Bujang antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.

Pada tahun yang lalu, pembayaran bagi program bantuan tunai dilaksanakan 4 kali setahun. Manakala bagi kategori bujang, bantuan ini dibayar 3 kali pada tahun lepas untuk penerima sedia ada STR.

STR Bujang Fasa 2
STR Bujang Fasa 2 : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 7

Semakan Status STR Bujang Fasa 2 2024

Semakan status STR Fasa 1 boleh dibuat melalui mana-mana kaedah-kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM
  • Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store/App Store pada telefon bimbit; atau
  • Hubungi LHDNM : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF : 03-8882 4565/4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Semakan Secara Online Melalui Portal MySTR

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status STR fasa 2 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my

  • Langkah 1 – Klik log masuk MySTR
  • Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan
  • Langkah 5 -Klik Semakan Status
  • Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
STR Bujang Fasa 2
STR Bujang Fasa 2 : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 8

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Bagi Kategori Bujang

Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350.

STR Bujang Fasa 2
STR Bujang Fasa 2 : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 9
Tarikh Bayaran STR Bujang Fasa 2

Penerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:

  • Fasa 1 (29 Januari 2024)
  • Fasa 2 (03 April 2024)
  • Fasa 3 (Ogos 2024)
  • Fasa 4 (November 2024)

NOTA : Harap maklum bahawa tarikh bagi pembayaran STR Bujang 2024 bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 ini juga tertakluk pada perubahan semasa.

Semakan Status/Kelayakan

Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

  • Layari Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  • Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.

Penafian

LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
STR Bujang Fasa 2 : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 10

Leave a Comment