Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Penjawat Awam & Pesara 2024 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Khas Aidilfitri RM500. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Menurut Menteri Kewangan, bantuan kewangan RM250 pula khas untuk pesara berpencen dan tidak berpencen.

Pemberian bantuan khas itu adalah susulan maklum balas penjawat awam di ketika kunjungannya ke beberapa negeri baru-baru ini.

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut tentang bantuan ini.

Bantuan Khas Aidilfitri RM500
Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Penjawat Awam & Pesara 2024 Mula Dikreditkan Hari Ini 6

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2024

Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan.

Pengumuman pemberian bantuan ini adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka untuk membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

TENGAH TRENDING:—————————–

———————————————-

Bantuan Khas Aidilfitri RM500
Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Penjawat Awam & Pesara 2024 Mula Dikreditkan Hari Ini 7

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2024.

Menurut Perdana Menteri, pihak Perbendaharaan telah dimaklumkan agar bantuan khas disalurkan mulai Jumaat ini, (5 April 2024).

23 Feb yang lalu, penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, menerima bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Dalam perkembangan lain pula, beliau mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula disalurkan Rabu ini, 3 April 2024.

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Jumlah Bantuan khas kewangan Aidil Fitri yang membabitkan:

  • RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk :

Penafian

LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Penjawat Awam & Pesara 2024 Mula Dikreditkan Hari Ini 8

Leave a Comment