Bantuan Kewangan Khas RM1500 Dikreditkan Sebelum Hari Raya

Bantuan Kewangan Khas RM1500 ~ Sebuah bantuan khas sempena Hari Raya berjumlah RM1,500 akan disalurkan sebelum perayaan tersebut.

Bantuan khas ini adalah berbentuk tunai ringgit yang akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Bantuan Kewangan Khas RM1500

Untuk makluman, pemberian bantuan khas kewangan ini adalah daripada Kerajaan Negeri Johor. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kadar bantuan kewangan hari raya ini adalah berjumlah setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 bagi setiap penjawat awam.

TENGAH TRENDING:

Senarai Penerima Bantuan Kewangan Khas RM1500

Pemberian bantuan khas ini akan memanfaatkan seramai 17,000 penjawat awam negeri Johor.

Oleh hal demikian, setiap penjawat awam negeri Johor akan menerima manfaat di atas.

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan Khas RM1500

Walau bagaimanapun, tarikh bayaran belum diumumkan buat masa sekarang ini. Tetapi, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah memaklumkan adalah pembayaran akan dikreditkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Cara Mohon

Buat Pengetahuan anda semua, tiada permohonan diperlukan bagi bantuan khas kewangan tersebut.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Bantuan Kewangan Khas RM1500 Dikreditkan Sebelum Hari Raya 4

Leave a Comment