MySalam : Bantuan Khas Kewangan RM700 Untuk Rakyat Malaysia

MySalam : Bantuan Khas Kewangan RM700 ~ Pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak.

Antaranya adalah sebuah skim perlindungan yang memberikan bantuan berbentuk kewangan RM700 kepada mereka yang layak.

MySalam : Bantuan Khas Kewangan RM700
MySalam : Bantuan Khas Kewangan RM700 Untuk Rakyat Malaysia 6

Mysalam Bantuan Khas Kewangan RM700

Untuk makluman, MySalam merupakan sebuah inisiatif skim perlindungan takaful kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat melalui Tabung Amanah MySalam.

Tujuan utama program ini adalah bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah atau B40 mengatasi masalah melibatkan kewangan yang disebabkan penyakit KRONIK.

TENGAH TRENDING:

Jumlah Bantuan MySalam

Dengan melalui skim perlindungan ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan perlindungan percuma kesihatan takaful kepada 6.8 juta rakyat Malaysia (setakat Disember 2022).

Ianya adalah pendapatan elaun gantian hospitalisasi harian sebanyak RM50 maksimum 14 hari bersamaan RM700 setahun.

Syarat Kelayakan MySalam Bantuan Khas Kewangan RM700

Berikut merupakan syarat yang telah ditetakan untuk layak memohon bantuan ini :

  • Kategori B40 dan ke bawah
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Individu bujang serta OKU berumur antara 40 tahun hingga 65 tahun serta pendapatan setahun kurang RM 24,000.

Semakan Kelayakan MySalam Bantuan Khas Kewangan RM700

Berikut adalah pautan untuk rakyat menyemak kelayakan mereka sama ada layak atau tidak untuk menebus bantuan berkenaan SEKIRANYA SAKIT.

MySalam : Bantuan Khas Kewangan RM700
MySalam : Bantuan Khas Kewangan RM700 Untuk Rakyat Malaysia 7

Dengan melalui MySalam ini, pihak kerajaan akan membantu dengan pemberian bantuan kewangan RM700 atau RM8,000 (bergantung kelayakan) sekiranya RAKYAT YANG LAYAK menghidapi diantara 45 penyakit kritikal. 45 penyakit tersebut turut disertakan pada pautan di atas.

Senarai Penyakit

Untuk makluman, diantara 45 penyakit tersebut adalah :

  • Buta kekal yang tidak boleh pulih
  • Hilang keupayaan bertutur
  • Serangan jantung
  • Kelumpuhan anggota
  • Penyakit alzheimer
  • Kegagalan buah pinggang
  • Jangkitan HIV / AIDS.
Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi talian di 1-300 88 8938 atau terus emel di [email protected].

Join Channel Whatsapp LMS 1
MySalam : Bantuan Khas Kewangan RM700 Untuk Rakyat Malaysia 8

Leave a Comment