3 tahun guru besar ‘hidup’ dalam stor sekolah

Pernah terbayang tak 3 tahun guru besar ‘hidup’ dalam stor sekolah? Ini kisah realiti dari seorang Guru Besar di Sabah.

KISAH REALITI pengorbanan guru dan warga pendidik di pedalaman Sabah. Guru Besar SK Ulu Ansuan, Telupid berkongsi keadaan tempat tinggalnya di stor sekolah selama lebih 3 tahun berkhidmat di sekolah tersebut.

Menurut Cikgu George Odol menceritakan sekolah tersebut dibina pada 1999 tanpa rumah guru. Guru-guru terpaksa tinggal di rumah orang-orang kampung, dan kelas yang diubah suai. kemudian PIBG telah membina 2 buah rumah yang ‘ala kadar’ sahaja.

3 tahun guru besar 'hidup' dalam stor sekolah

Baca Juga :

Pada tahun 2020, apabila beliau ditempatkan bertugas di sekolah tersebut, beliau terpaksa tinggal di stor pra-sekolah dengan keluasan 9 x 16kaki.

“Agak sedih jugalah, seorang pegawai pendidikan, pentadbir sekolah, guru besar terpaksa tinggal di rumah yang begini sahaja. Saya terpaksa berkongsi dapur dan kamar mandi pra-sekolah” Katanya.

“Kata orang, apa boleh buat kami guru-guru Kadazan Dusun terpaksa korbankan keselesaan tinggal di kawasan pekan atau di bandar datang di sekolah-sekolah pedalaman kerana kebanyakan murid-murid di sekolah-sekolah pedalaman adalah suku kaum Kadazan Dusun”

3 tahun guru besar 'hidup' dalam stor sekolah

Baca Juga :

“Jadi kalau bukan kami guru-guru Kadazan Dusun datang ke sini untuk mendidik murid-murid kita di sekolah pedalaman, siapa lagi yang diharapkan” Jelasnya yang menerima sahaja keadaan itu sebagai guru pedalaman.

“Inilah pengorbanan kami selaku guru-guru yang dihantar bertugas di sekolah-sekolah pedalaman negeri Sabah.”

Menurutnya lagi, walaubagaimanapun di penghujung perkhidmatannya, sebuah rumah panjang (7 pintu) telah dibina namun beliau memberi keutamaan kepada guru-guru yang berasal dari luar daerah Telupid.

Terima kasih cikgu George atas pengorbananmu. Beliau akan bersara wajib pada 27hb November 2023 ini.

Leave a Comment