Terhad Gaji Maksimum Bantuan Elaun Pekerja OKU Dinaikkan Ke RM1,500

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252826%2529

image

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk menaikkan lagi had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat daripada RM1,200 kepada sebanyak RM1,500 sebulan.

Semasa pengumuman khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) tempoh hari, Muhyiddin berkata bahawa sebanyak RM26 juta akan disediakan atas tujuan tersebut yang bakal dapat memanfaatkan hampir seramai 5,000 Orang Kurang Upaya (OKU).

RM20 Juta Bagi Memperkukuhkan Program Seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

“Selain daripada itu, dalam usaha untuk membantu program keusahawanan termasuk memasarkan produk bakeri dan hasil tangan OKU dan juga warga emas, pihak kerajaan bersetuju untuk menambah sebanyak RM20 juta bagi memperkukuhkan lagi program di bawah institusi seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya di dalam pengumuman itu yang disiarkan secara langsung menerusi segala plaform media.

Perdana Menteri juga ada berkata bahawa golongan OKU akan berpeluang untuk mendaftar dan memperbaharui perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara percuma sahaja sebagai galakan untuk mereka menceburi bidang perniagaan.

BSN Sediakan RM25 Juta Di Bawah Skim Mikrokredit Istimewa OKU Sehingga RM50,000 Dengan Kadar Faedah Serendah 3%



Seterusnya, katanya Bank Simpanan Nasional (BSN) juga turut menyediakan sebanyak RM25 di bawah Skim Mikroedit Istimewa bagi OKU untuk menceburi perniagaan dengan had pembiayaan sehingga RM50,000 dan kadar faedah serendah 3%.

Menurut hal yang lain, Perdana Menteri juga ada berkata bahawa pihak kerajaan akan menyediakan dana RM30 juta untuk memperkasa usahawan wanita, Kempen e-Dagang PKS dan juga PKS Mikro serta Program Shop Malaysia Online.

“Sebagai tambahan, BSN juga akan menyediakan sejumlah RM50 juta bagi Skim Pembiayaan Mikro Pemerkasa-Nita supaya dapat memberikan galakan kepada usahawanita untuk menceburi bidang perniagaan,”

Muhyiddin berkata bahawa peruntukan RM10 juta tersebut adalah di dalam bentuk dana padanan 70% bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri turut disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Prihatin OKU merupakan inisiatif ke-18 di bawah PEMERKASA, manakala Prihatin Wanita adalah inisiatif ke-17 program itu.

Sumber – Bernama

Leave a Comment