GKP Tambahan Mula Dikreditkan Pada 25 Mac ini

GKP%2BTambahan%2BMula%2BDikreditkan%2B25%2BMac%2B2021

image


Semua perusahaan kecil mahu pun sederhana (PKS) mikro yang pernah diluluskan Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan juga 2.0 akan menerima GKP Tambahan mulai pada 25 Mac ini.

image

image

Hal ini demikian membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.



Oleh itu, pembayaran tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank yang sudah didaftarkan di dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan pula boleh dilakukan mulai pada 24 Mac di Portal GPK. Anda boleh layari laman web rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizi, dalam kenyataannya pada hari ini berkata bahawa di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan juga pada bulan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.

image

“GKP Tambahan tersebut bertujuan untuk meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan hal ini demikian juga bagi meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran serta perkhidmatan PKS mikro.

“Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan juga GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah sebanyak hampir 900,000 PKS mikro dengan kadar jumlah bantuan kewangan yang sebanyak RM3.58 bilion,” katanya.

Sumber – infoawam

Leave a Comment