MySTR 2024 : Semakan Bayaran Bantuan Tunai Fasa Berikutnya

MySTR 2024 : Semakan Bayaran Bantuan Tunai Fasa Berikutnya

Bantuan Tunai Fasa berikutnya iaitu fasa ketiga yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.

TENGAH TRENDING:——————–

————————————————-

MySTR Semakan Bayaran Bantuan Tunai 2024

Untuk makluman, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi sesi tahun 2024. Menerusi pemberian bantuan tunai STR ini akan memberi manfaat sekitar 9 juta penerima yang telah berjaya berdaftar.

Tahun ini, kategori yang terlibat adalah belia bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan. Kadar jumlah bayaran bantuan adalah sehingga RM3,700 dan amaun bergantung kepada kategori kelayakan dan bilangan anak setiap isi rumah.

Bayaran Bantuan MySTR Fasa 3 (OGOS)

Untuk pengetahuan umum, pembayaran bantuan tunai STR fasa pertama dan fasa kedua telah selesai dibayar pada bulan Januari dan April 2024. Pengagihan bayaran fasa berikutnya (3) akan disalurkan pada bulan Ogos nanti secara berperingkat.

Seperti fasa yang sebelumnya, kadar bayaran akan dikreditkan mengikut kelayakan pendapatan dan bilangan anak isi rumah. Bagi mereka yang tidak tahu atau terlepas pandang, di bawah dikongsikan butiran maklumat berkenaan jumlah bayaran STR 2024 mengikut kategori.

Jumlah Bayaran MySTR Mengikut Kategori

Berikut adalah jumlah pembayaran bantuan tunai STR sesi tahun 2024 yang telah dimaklumkan mengikut kelayakan kategori:

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Belia bujang (21 tahun dan ke atas) : RM350
  • Warga emas (60 tahun dan ke atas) : RM600

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN 2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250
MySTR : Semakan Bayaran Bantuan Tunai
MySTR 2024 : Semakan Bayaran Bantuan Tunai Fasa Berikutnya 5

Nota : Jumlah bayaran diatas akan dikreditkan mengikut pecahan setiap fasa pada tahun ini. Segala maklumat terkini berkenaan kemaskini STR akan dimaklumkan dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Semakan Status Bayaran MySTR 2024

Bagi penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut kategori dan pengemaskini maklumat terkini. Untuk semakan status, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Maklumat Lanjut

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Anda boleh melihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Penafian

LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
MySTR 2024 : Semakan Bayaran Bantuan Tunai Fasa Berikutnya 6

Leave a Comment