Bantuan Lesen Memandu 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Lesen Memandu 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Bantuan Lesen Memandu melalui Program MyLesen B2 bagi Tahun 2024.

Program MyLesen ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini dan cara untuk membuat permohonan.

TENGAH TRENDING:———————–

—————————————————-

Bantuan Lesen Memandu 2024

Untuk makluman, Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen tahun 2024 adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dari seluruh negara. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal secara percuma.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan.

Program MyLesen kali ini terhad kepada 35,000 orang dan tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota dipenuhi.

Bantuan Lesen Memandu 2024
Bantuan Lesen Memandu 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan 7

Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu

Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
  • Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
  • Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon

NOTA : Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

Bantuan Lesen Memandu 2024
Bantuan Lesen Memandu 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan 8

Borang Pendaftaran Online Bantuan Lesen Memandu 2024

Sekiranya ingin mendaftar sila scan QR code dalam poster di bawah atau klik “PERMOHONAN” melalui pautan yang disediakan:

Bantuan Lesen Memandu 2024
Bantuan Lesen Memandu 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan 9

Maklumat Lanjut Bantuan Lesen Memandu 2024

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat e-mel [email protected] atau merujuk kepada Soalan Lazim FAQ – MyLesen B2 berkaitan program ini.

Penafian

LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Bantuan Lesen Memandu 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan 10

Leave a Comment