E-Wallet RM300 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

e-Wallet RM300 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini telah diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah bantuan e-Wallet RM300.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-Wallet RM300 ini.

TENGAH TRENDING:—————————

——————————————————–

Bantuan e-Wallet RM300 2024

Dalam Belanjawan yang telah dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.

Bantuan ini diberikan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.

Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.

Bantuan e-Wallet RM300 2024
E-Wallet RM300 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 8

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM300 2024

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Bantuan e-Wallet RM300 2024
E-Wallet RM300 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 9

Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

Bantuan e-Wallet RM300 2024
E-Wallet RM300 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 10

Cara Permohonan Bantuan e-Wallet RM300 2024

Bantuan e-Wallet RM300 2024
E-Wallet RM300 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 11

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Maklumat Lanjut Bantuan e-Wallet RM300

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/

Ikuti Channel Whatsapp Rasmi : https://whatsapp.com/channel/0029VaLGZaI6BIEc1DdC9K2Z

Penafian

LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
E-Wallet RM300 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 12

Leave a Comment