RASMI : Pihak Kerajaan Mengumumkan Bantuan RM1000 Sebulan Untuk Kanak-Kanak Seluruh Malaysia 2021

PIHAK 2BKerajaan 2BUmum 2BBantuan 2BRM1000 2BSebulan 2BUntuk 2BKanak Kanak 2BSeluruh 2BMalaysia 2B2021

image 3

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Tahun 2021

Untuk makluman anda semua bahawa Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 ini merupakan salah satu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas. Bantuan ini bertujuan untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memperolehi jagaan yang sempurna.

Seterusnya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun telah mengumumkan tentang kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1,000 sebulan berbanding sebelum ini yang hanya sebanyak RM450.


Berikut merupakan perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa mengenai jumlah bantuan bagi BKK Lama serta BKK Tahun 2021:

Jumlah BKK Lama

  1. Maksimum bagi seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM100
  2. Maksimum sebanyak RM450 jika mempunyai anak lebih daripada 4 orang

Jumlah BKK Tahun 2021

  1. Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
  2. Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang.
  3. Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.

Syarat Kelayakan BKK Tahun 2021

  1. Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di negara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Cara Untuk Melakukan Permohonan BKK Tahun 2021

Berikut adalah merupakan cara untuk memohon BKK Tahun 2021:

1. Anda perlu melayari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Sila cetak Borang Permohonan
3. Sila cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau pun permasalahan di dalam melakukan permohonan, anda boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada talian 03-8000 8000 atau pun anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah dan kawasan berhampiran dengan anda.

SUMBER: salamkerjaya.com

Leave a Comment