Cara Untuk Melakukan Permohonan Bantuan Kuarantin Nadma COVID-19 RM1,400

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252835%2529

image

Untuk makluman anda, NADMA ini merupakan salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia. Agensi ini berfungsi untuk membantu seluruh rakyat Malaysia yang sekarang ini terjejas terus akan akibat COVID-19 ini.

Dengan melalui NADMA ini, sekiranya anda pernah dijangkiti dan dirawat COVID-19. Anda boleh melakukan permohonan bantuan ini secara one-off melalui NADMA.

Berikut perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai maklumat yang lebih terperinci untuk memohon bantuan COVID-19 ini.


Jumlah Bantuan COVID-19

Bantuan RM100 sehari ini akan diberikan kepada mereka yang sedang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID-19. Anda boleh menerima bantuan ini sebanyak RM100 sehari sehingga 14 hari (Maksimum)

Seperti yang sedia maklum bahawa bantuan ini hanya akan diberikan sekali sahaja secara (one-off) di dalam tempoh masa penularan jangkitan COVID-19 serta tidak akan diberikan untuk kes yang berulang.

Syarat Kelayakan Bantuan RM100 Sehari

Kepada warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah pun kehilangan sumber pendapatan ataupun tidak dibayar gaji sepanjang tempoh yang dikenakan Perintah Pengawasan Serta Pemerhatian Bagi Kontak COVID19.

Warganegara Malaysia yang masih bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan ataupun langsung tidak di bayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.

Pemohon Yang Tidak Layak Untuk Menerima Bantuan Ini

  1. Bukan warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan juga Pemerhatian
  3. Mempunyai pendapatan ataupun menerima gaji di dalam tempoh masa Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

__________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel mengenai bantuan yang lain;

  1. BPR Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima Bermula September Tahun 2021
  2. Pihak Kerajaan Umum Bantuan RM500 Untuk Golongan B40 & Penerima BPR Tahun 2021
  3. Bantuan RM800 Kepada Individu Yang Belum Bekerja 2021

__________________________________________________________________


Cara Untuk Melakukan Permohonan

1. Sila muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my

2. Permohonan yang lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas COVID19 seperti pada Lampiran A (dokumen asal)
  2. Salinan kad pengenalan (Salinan Diakui Sah)
  3. Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak COVID19, salinan borang pelepasan daripada pengawasan dan juga pemerhatian COVID19, sijil cuti sakit)
  4. Borang Akaun Kehilangan Pendapatan seperti pada Lampitan B. (Dokumen asal)
  5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (salinan diakui sah)

Sistem Semakan Status Bantuan Khas COVID19

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Cara Pembayaran

Pembayaran Bantuan Khas ini akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak sahaja dalam tempoh 30 hari masa bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Maklumat Tambahan

Untuk pengetahuan anda, NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang langsung tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Garis Panduan Bantuan RM100 Sehari NADMA

SUMBER: blogrojak.com

Leave a Comment