[RASMI] Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Bernilai RM1,800 Untuk Setiap Keluarga ~ MOHON SEGERA!

Bantuan%2BPrihatin%2BRakyat%2B%2528BPR%2529%2B2021%2BBernilai%2BRM1%252C800%2BUntuk%2BSetiap%2BKeluarga

NEW%2BLMS

Untuk pengetahuan anda semua, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah merupakan salah satu bantuan yang telah ditambah baik serta telah dijenamakan semula dengan nama baharu yang mana sebelum ini ianya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Seterusnya disebabkan perubahan nama tersebut, jumlah bantuan yang bakal diberikan juga turut diperbaharui. Bagi kategori isi rumah, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan diberikan sehinggan RM1,800 bagi setiap keluarga mengikut akan kelayakan yang telah ditetapkan.


BACA JUGA: Belanjawan 2021: Bantuan Khas Kepada Penjawat Awam Sebanyak RM600 dan Pesara Kerajaan Sebanyak RM300 ~ Syarat Kelayakan dan Tarikh Penting Pembayaran

JUMLAH BANTUAN BPR 2021


Kategori 1 


1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Bantuan tersebut akan diagihkan kepada mereka yang mempunyai Pendapatan Isi Rumah RM2,000 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM1,100 + RM120 / satu anak

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang mempunyai Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM1,200 bagi mereka yang mempunyai 1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak dan lebih. 

Kategori 2

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Bantuan ini akan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah antara RM2,001 hingga RM3,000
  • Bantuan yang berjumlah RM850 + RM120 / satu anak

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM4,000
  • Bantuan berjumlah RM800 bagi mereka yang mempunyai 1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak dan lebih.

Kategori 3

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Bantuan akan diagihkan kepada mereka yang mempunyai Pendapatan Isi Rumah antara RM3,001 hingga RM4,000.
  • Bantuan berjumlah RM600 + RM120 / satu anak

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang mempunyai Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM5,000
  • Bantuan berjumlah RM500 bagi mereka yang mempunyai 1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak dan lebih.

TARIKH PERMOHONAN BARU / KEMASKINI


Untuk setakat ini, pihak Kementerian Kewangan Malaysia belum ada lagi mengeluarkan mana-mana kenyataan rasmi yang berkaitan dengan tarikh permohonan baharu BPR atau tarikh kemaskini. 

Berkemungkinan besar, kenyataan yang berkaitan bakal diumumkan setelah permohonan i-Sinar bagi kategori 1 dan 2 selesai.

Leave a Comment