Permohonan Bantuan Internet Kepada Setiap Pelajar Sekolah Sebanyak RM100 ~ MOHON SEGERA!

PERMOHONAN%2BBANTUAN%2BINTERNET%2BKEPADA%2BSETIAP%2BPELAJAR%2BSEKOLAH%2BSEBANYAK%2BRM100

NEW%2BLMS

Untuk perhatian anda semua, pihak kerajaan negeri Perak telah mengumumkan tentang Bantuan Internet RM100 untuk setiap seorang bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM melalui Pakej Ransangan Ekonomi (PRE).

Bantuan ini bertujuan bagi membantu para pelajar ini mendapatkan capaian internet yang sangat baik serta sebagai persediaan apabila proses pembelajaran akan dilakukan secara online daripada rumah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan yang anda perlu patuhi bagi mendapatkan bantuan tersebut:

  • Calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020
  • Calon pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020
  • Calon pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020


CARA-CARA MEMOHON

Kepada calon pelajar dari sekolah atau institusi di negeri Perak, anda tidak perlu membuat permohonan kerana bantuan tersebut akan disalurkan secara automatik melalui pihak PIBG sekolah masing-masing.

Manakala bagi calon persendirian, anda dikehendaki untuk membuat permohonan kepada Pejabat Kewangan Negeri Perak beserta dengan dokumen seperti di bawah berikut:

  1. Salinan dokumen yang menyatakan pemohon adalah merupakan calon persendirian peperiksaan SPM, STPM dan STAM di negeri Perak pada tahun 2020.
  2. Salinan kad pengenalan pelajar.
  3. Salinan akaun bank (yang menyatakan nama pemilik amaun)

Sila hantar semua permohonan anda sebelum 15 Januari 2021 pada hari Jumaat. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan serta inginkan bantuan, anda boleh langsung menghubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di talian 052095083 / 5024 / 5027/ 5822 / 5829



Sumber: salamkerjaya.com

Leave a Comment