BPN 2.0 Fasa 2: Semakan Status, Jumlah serta Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Pada Bulan Januari 2021

SEMAKAN%2BSTATUS%252C%2BJUMLAH%2BDAN%2BTARIKH%2BPEMBAYARAN%2BBPN%2B2.0%2BJANUARI%2B2021

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menjelaskan tentang Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua bahawa pembayaran bagi Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0) akan dilaksanakan pada bulan Januari ini.

Menurut beliau, bayaran ini akan dilakukan berserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.


NEW%2BLMS

Maklumat tambahan bagi anda semua. Pada 15 November 2020 yang lalu merupakan tarikh tamat tempoh permohonan baharu beserta dengan rayuan BPN 2.0.

Bagi anda sebagai penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai sebarang akaun bank, anda boleh menunaikan BPN anda di Cawangan Bank Simpanan Nasional bermula 26 Oktober 2020 yang lalu sehinggalah pada hari ini.

BACA JUGA: INFO KWSP : Cara Untuk Melakukan Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP ~ SEMAK SEKARANG!

Kami di Laporan Media Semasa tertarik untuk melakukan pengongsian kepada anda langkah-langkah semakan serta maklumat terkini BPN 2.0 fasa kedua.

Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua


Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

semakan bpn baru

Berikut merupakan langkah bagi anda melakukan semakan:

  1. Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.
  2. Kemudian, masukkan nombor IC anda tersebut
  3. Seterusnya, isi kod captcha yang diminta sahaja
  4. Akhir sekali, maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran BPN 2.0 yang akan anda diterima adalah berdasarkan kategori serta jumlah pendapatan seperti dalam jadual di bawah berikut:

bpn 2 0 tambahan

Permohonan baharu serta rayuan yang lulus akan dibayar secara sekaligus.

Pembayaran adalah berdasarkan kaedah pembayaran terakhir sebelum ini.

bpn%2B22

Kepada anda semua yang tidak mempunyai akaun bank, anda juga boleh untuk melakukan tuntutan tunai di cawangan BSN berhampiran tempat tinggal anda.

tuntutan%2Bbyaran

Tarikh Bayaran BPN Fasa 2


Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dilakukan bermula pada 26 Oktober secara berperingkat.

bayaran%2Bbpn%2B2.0

Pembayaran fasa kedua dijangka pada penghujung Januari 2021 selepas pembayaran pengeluaran i-Sinar.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:

Kementerian Kewangan Malaysia:
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
LHDNM
1-800 882 747 / 03-8911 1000

Untuk sebarang rujukan bagi soalan lazim BPN 2.0 anda bolehlah melayari Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0.

Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda sekeluarga.

Leave a Comment