i-Sinar: Cara Pengiraan Zakat & Kaedah Bayaran Online

zakat%2Bi sinar%2Bkwsp %2BCara%2BPengiraan%2BZakat%2B%2526%2BKaedah%2BBayaran%2BOnline

image

Tahukah anda bahawa zakat KWSP ini dikenakan kepada umat Islam kerana konsepnya sama dengan seperti wang simpanan. Hal ini yang sedemikian hanya perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan dengan sesuka hati ataupun boleh dikatakan dengan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa tersebut.

Seterusnya, wang KWSP ini ialah wang yang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang telah disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana hal ini yang sedemikian adalah tertakluk di bawah akta KWSP.



Apakah itu Zakat KWSP?

Zakat bermaksud adalah zakat yang yang dikenakan apabila simpanan KWSP itu dikeluarkan dan mestilah mencukupi nisabnya semasa dikeluarkan.

Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan tersebut itu disimpan pula selama setahun (cukup haul), makan hal ini tersebut akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat wang simpanan.

image

Hukum Zakat KWSP

Menurut daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pembayaran zakat bagi wang simpanan KWSP, keputusan mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia untuk kali yang ke-5 dan juga kali yang ke-74 ini menyatakan bahawa pandangan hukum tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan bagi pekerja-pekerja Islam sebagai zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya.

2. Pencarum KWSP tersebut adalah digalakkan untuk mengeluarkan zakat sejurus selepas menerima wang KWSP jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

image

Berkenaan dengan pengeluaran i-Lestari tersebut, Jawatankuasa Penasihat SHariah (JKPS) KWSP telah menjelaskan bahawa terdapat 2 pandangan yang mengenai zakat bagi KWSP bergantung dengan tujuan pengeluarannya.

1. Tidak Diwajibkan = Jika dikeluarkan bagi meneruskan kelangsungan hidup sendiri dan juga tanggungannya dalam menampung keperluan asas seperti
    – Keperluan asas bermaksud makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan juga kesihatan (Hajah asliyah)

2. Wajib = Jika tujuan dikeluarkan selain menampung keperluan asas diri sendiri dan juga tanggungannya (bukan Hajah asliyah)
    – Kadar yang diwajibkan zakat adalah sebanyak 2.5% sekiranya mencapai nisab tanpa perlu menunggu haul

Jumlah Minimum Wang Yang Dikenakan Zakat

Minimum simpanan yang wajib zakat adalah perlu merujuk kepada kadar nisab semasa. Jika menyamai ataupun melebihi nisab, maka wajib zakat. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2017 menyatakan bahawa harta yang berasaskan nisab emas (emas bukan perhiasan + emas yang lebih uruf bagi perhiasan) + simpanan + pelaburan.

Jika hal seperti ini menyamai ataupun melebih nisab, maka nilai harta tersebut wajib dikenakan zakat sebanyak 2.5% sahaja.

Berikut merupakan kadar nisab terkini yang dirujuk melalui lama web rasmi Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

Tahun

Nisab Emas (RM)

Harga Emas (RM) / gram

2021

20,299.00

238.81

2020

15,762.00

185.44

2019

13,968.00

164.33

2018

14,772.00

173.99

2017

14,083.00

165.68


Kaedah Pengiraan Zakat KWSP

Bagi zakat simpanan ini dikira sebanyak 2.5% seperti mana zakat emas dan juga zakat perak serta diambil kira baki terendah dalam sipanan seseorang yang telah cukup syarat-syaratnya.

JUMLAH KELUARAN X 2.5% = ZAKAT

Contoh Pengiraan Zakat KWSP

Nisab Pada Tahun 2012 : RM13,000.00

Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000.00 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.

Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000.00 X 2.5% = RM500.00

Maklumat Yang Selanjutnya

Untuk maklumat yang selanjutnya, sila rujuk Pihak Berkuasa Zakat Negeri Ataupun Majlis Agama Islam negeri masing-masing. 

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini bersama rakan-rakan dan keluarga anda. Semoga perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan juga menjadi asbab yang berpanjangan.

SUMBER

Leave a Comment