GKP 3.0 ~ Semakan Kelayakan Dan Status Bayaran RM1000 & RM500

GKP%2B3.0%2BSemakan%2BKelayakan%2B%2526%2BStatus%2BBayaran

image

Seperti yang telah diperkenalkan melalui PEMERKASA sebelum ini, kerajaan akan meneruskan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) pada tahun 2021 ini bagi membantu untuk kelangsungan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang berkelayakan.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai maklumat yang terkini tentang Geran Kahs Prihatin 3.0 yang telah dimuatnaik dan dikemaskini oleh LHDN pada 4 JUN 2021 di laman web rasmi GKP.

Untuk pengetahuan anda bahawa Geran Khas Prihatin 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 agar dapat meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Dalam hal yang terkini, GKP telah dinaikkan sebanyak RM500 kepada RM1500 seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Pemerkasa Plus.


image

Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 tersebut telah di buka mulai 1 April sehingga 15 April 2021 yang lalu.

Tarikh semakan status untuk GKP akan dibuka bermula pada 8 JUN 2021 serta bayaran juga akan dilakukan bermulai pada 8 JUN 2021 secara berperingkat. 



Jumlah Bantuan Geran Khas Prihatin 3.0

    – Jumlah bantuan tersebut ialah RM1,500 secara one-off kepada PKS yang layak sahaja.

Bayaran tersebut akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:
– Mulai pada 8 JUN 2021 – RM1,000
– Julai 2021 – RM500 (tarikh akan dikemaskini oleh LHDN)

Kelayakan GKP 3.0 serta nilai bantuan yang akan diterima adalah seperti yang berikut:
– Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 – RM1,500
– Lulus permohonan baharu GKP 3.0 – RM1,500

Perbezaan GKP Tambahan PERMAI dan GKP 3.0

Berikut adalah infografik / penjelasan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul.

image

Semakan Status Permohonan & Tarikh Bayaran

Semakan status permohonan baharu dan tarikh bayaran GKP 3.0 boleh dilakukan secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my)

Kami akan kongsikan kepada anda cara untuk melakukan semakan adalah seperti yang berikut:

1. Layari laman web https://gkp.gov.my
2. Daftar sebagai pengguna dengan menetapkan kata laluan dan soalan keselamatan.
3. Pergi ke menu Semakan Status
4. Status anda akan dipaparkan.

image

image

image

image

Maklumat Yang Selanjutnya

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603- 8911 1100 (Luas Negara)

Leave a Comment