Bantuan Kanak-Kanak (BKK) maksimum sebanyak RM1000

Student%2BCouncil%2BBlog%2BBanner

image


Kepada mereka yang mempunyai anak-anak ataupun sedang menjaga kanak-kanak, anda boleh melakukan permohonan bantuan khas kanak-kanak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan tersebut akan diberikan setiap bulan berdasarkan kelayakan kanak-kanak serta penjaga kanak-kanak tersebut. Hal ini demikian supaya dapat meringankan beban dalam memenuhi tuntuan pembesaran mereka.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai dengan syarat-syarat dan juga cara permohonon tersebut di bawah:-

MAKLUMAT BANTUAN

Minimum sebanyak RM150 sebulan untuk seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut:

    – RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah:
    – RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun: dan
    – Kadar bantuan tersebut maksimum sebanyak RM1000/keluarga sebulan



TUJUAN 

Hal ini yang sedemikian untuk membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan juga perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Seterusnya, diharapkan juga agar dapat membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang serta perhatian.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

– Warganegara dan bermastautin di Malaysia
– Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Ruah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
– Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan juga yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
– Terhadap mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbankan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
– Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

CARA UNTUK MELAKUKAN PERMOHONAN

Untuk mempermudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:

    – Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    – Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    – Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    – Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan sahaja

Untuk pengetahuan anda, anda juga perlu untuk mengisi borang-borang permohonan seperti yag telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tekan untuk muat turun berikut:

# JKM19 BORANG PERMOHONAN BANTUAN
# JKM20 BORANG KAJI SEMULA BANTUAN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai skim bantuan ini, anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera di bawah:-

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : MAKLUM BALAS (ISPAAA)

Leave a Comment