Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan e-Wallet RM300 merupakan Inisiatif khas dalam bentuk bantuan ewallet yang telah diperkenalkan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.

TENGAH TRENDING:

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-Wallet RM300 ini.

Bantuan e-Wallet RM300

Untuk pengetahuan anda, kerajaan negeri telah memperkenalkan satu inisiatif khas yang dikenali sebagai program bantuan kebajikan atau bingkas. Insentif bantuan ini tidak diberikan secara tunai, ia disalurkan dalam bentuk ewallet.

Untuk pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif tambahan bernilai rm300 sebulan atau bersamaan dengan rm3,600 dalam tempoh setahun. Jumlah itu boleh digunakan dengan membeli keperluan asas di pasar raya atau kedai runcit berdaftar.

Tahun lalu, kerajaan negeri menyasarkan sekitar 30 ribu keluarga akan mendapat faedah yang telah ditawarkan ini. Pada yang memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sementara masih dibuka.

Bantuan e-Wallet RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 7

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM300

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
Bantuan e-Wallet RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 8

Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan kepelruan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

Bantuan e-Wallet RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 9

Cara Mohon Bantuan e-Wallet RM300

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 10

Leave a Comment