[TERKINI] Tawaran tiket penerbangan serendah RM12 di airasia.com

AirAsia%2Bmenawarkan%2Btempahan%2Btempat%2Bduduk%2Bpercuma%2Bdan%2Btambang%2Bserendah%2BRM12%2Bdari%2Bdari%2BJohor%2BBahru%2Bke%2BIpoh%2Bdan%2BKota%2BBharu%253B%2BKuala%2BLumpur%2Bke%2BAlor%2BSetar%252C%2BJohor%2BBahru%252C%2BKota%2BBharu%2Bdan%2BKuala%2BTerengganu%253B%2Bserta%2Bdari%2BPulau%2BPi

NEW%2BLMS


SEPANG: Platform airasia.com akan meraikan 2021 dengan jualan Big Sale yang menawarkan diskaun Cuti-Cuti Malaysia 2021 serta keperluan perjalanan penting yang lain.

AirAsia menawarkan tempahan tempat duduk percuma serta tambang serendah RM12 dari  Johor Bahru ke Ipoh dan Kota Bharu: Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuala Terengganu: serta dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dan Langkawi.

BACA JUGA: Bantuan Kredit E-Wallet Telah Dinaikkan Sebanyak RM100 Daripada RM50

Tawaran ini juga untuk pakej SNAP selama tiga hari dua malam termasuklah penerbangan pergi balik daripada RM89 seorang, diskaun sebanyak 60% bagi tempahan hotel, diskaun sebanyak 20% bagi elaun bagasi daftar masuk melebihi 25 kilogram, diskaun 20% bagi tempah tempat duduk Hot Seat serta diskaun 10% untuk hidangan dalam penerbangan sahaja.

Tempahan tersedia dari 4 hingga 10 Januari 2021 di airasia.com serta aplikasi mudah alih bagi tempoh perjalanan antara 11 Januari 2021 serta 30 Oktober 2021.

Sepanjang tempoh jualan Big Sale, ahli BIG juga boleh mengumpul hingga 5 kali ganda BIG Poin untuk setiap tempahan hotel.

Sebagai ahli BIG, anda boleh memilih untuk melakukan pembayaran menggunakan BIG Poin, manakala pengguna BigPay juga boleh melakukan pembayaran segera dengan hanya satu klik dengan ciri ‘One-Click’ yang mudah serta selamat menggunakan kad BigPay.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata 2021 membuka lembaran baharu dan AirAsia bersedia untuk kembali terbang tinggi.

planezero

“Bagi menyokong inisiatif Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia serta mempromosikan perjalanan domestik, jualan Big Sale airasia.com menawarkan tawaran perjalanan dengan nilai yang terbaik untuk semua orang.

“Malaysia juga menawarkan pelbagai tarikan seperti alam semula jadi, warisan, budaya, bandar moden, makanan yang enak dan banyak lagi, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk meneroka tanah air kita.

“AirAsia sudah meningkatkan semua langkah keselamatan dengan mengamalkan prosedur kesihatan dan kebersihan yang ketat di dalam penerbangan, untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar,” katanya dalam satu kenyataan.


Sumber: bharian.com.my

Leave a Comment