[TERKINI] Sebanyak RM600 Bantuan Khas Untuk Penjawat Awam Sabah Termasuk Pelajar.

BANTUAN%2BKHAS%2BBAGI%2BPENJAWAT%2BAWAM%2BSABAH
TELE%2BLMS

KOTA KINABALU, MALAYSIA: Kerajaan Sabah telah mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM600 kepada penjawat awam negeri termasuk pelajar yang akan dibayar pada Januari tahun 2021.

Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Hajiji Noor ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2021, berkata pemberian tersebut itu membabitkan peruntukan sebanyak RM8.7 juta.

“Saya berharap insentif ini akan memberi impak yang semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi memperbaikkan mutu perkhidmatan kepada rakyat” katanya.

“Pada masa yang sama, sangat diharapkan bahawa perkhidmatan awam dapat terus berfungsi dengan berkesan melalui strategi dan pendekatan norma baharu yang bersesuaian dan mohon semua orang agar mematuhi tuntutan norma baharu dalam tempoh penularan pandemik COVID-19,” katanya.

BACA JUGA: Permohonan Bantuan Dari JKM: Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat


Beliau juga berkata, sebaris dengan aspirasi Perkhidmatan Awam Negeri bagi menyediakan keperluan sumber manusia pada masa hadapan, kerajaan negeri sentiasa memberikan keutamaan terhadap pembangunan keupayaan dan kompetensi sumber manusia.

Walau bagaimanapun, usaha pendigitalan perkhidmatan awam dan ekonomi digital akan menjadi fokus utama pada tahun mendatang disokong dengan langkah rasionalisasi agensi kerajaan negeri yang akan terus dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan.

“Sehingga November 2020, jumlah anggota perkhidmatan awam negeri yang menerima manfaat peningkatan kerjaya adalah seramai 762 orang. Jumlah itu adalah 5.26 peratus daripada 14,492 kapasiti anggota perkhidmatan awam negeri di kementerian, jabatan dan pejabat daerah.

“Program peningkatan kerjaya anggota perkhidmatan awam ini akan diteruskan pada tahun depan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memberikan pengiktirafan kepada sumbangan penjawat awam di semua peringkat,” katanya.

Sementara, Ketua Menteri itu turut mengumumkan pemberian Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) sebanyak RM2,000 yang diberi secara sekali bayar kepada pelajar negeri ini yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) mulai tahun depan.

Beliau turut mengumumkan pemberian RM200 seorang menerusi Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) bagi pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semester akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama (STAM) bagi penghujung tahun 2021.



Sumber: utusankerjaya.my

Leave a Comment