(TERKINI) Bantuan Persekolahan Sebanyak RM200 Dari MEDAC Bagi Keluarga B40 Bermula Pada Mac 2021

Bantuan%2BPersekolahan%2BSebanyak%2BRM200%2BDari%2BMEDAC%2BBagi%2BKeluarga%2BB40%2BBermula%2BPada%2BMac%2B2021


LMS%2Btele

Kementerian Pembanunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan sumbungan dana sebanyak RM400,000 untuk disumbangkan kepada para pelajar daripada keluarga golongan B40 yang akan bakal menghadiri pembukaan sekolah semula yang bermula pada 4 Mac 2021 ini.

Seterusnya, peruntukkan tersebut dikatakan turut disumbangkan kepada golongan miskin yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku pada awal Januari lalu tersebut. 



Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Laporan Media Semasa sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan dengan bantuan persekolahan MEDAC.

Jumlah Bantuan

Para pelajar yang daripada keluarga golongan B40 layak akan menerima bantuan tersebut yang berjumlah:

– RM200 secara one-off bagi setiap orang

Untuk makluman anda semua bahawa pemberian bantuan tersebut merangkumi pembelian baju, kasut dan beg sekolah.

Golongan Pelajar Yang Terlibat

    – 1,000 orang pelajar di sekitar kawasn Sarawak sempena dengan Program Kembali ke Sekolah YBR
    – Keluarga yang dikenal pasti bahawa terkesan akibat kemusnahan dan kerosakan harta benda daripada musibah banjir
    – 500 keluarga mangsi banjir di sekitar Sarawak

Dalam hal ini juga, peruntukkan tersebut dengan sebanyak RM100,000 lagi akan diberikan kepada keluarga mangsa banjir yang terlibat di seluruh negara.

Berdasarkan dengan sumbangan ini juga diharapkan mudah-mudahan dapat membantu serba sedikit meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka bagi sesi pengajaran serta pembelajaran (PdP) dalam sesi persekolahan kelak.

Oleh yang sedemikian bahawa diharapkan agar lebih banyak lagi entiti korporat dan organisai yang lain untuk turut sama dalam membantu memberikan bantuan-bantuan yang sebegini. Hal ini sekaligus membuktikan syarikat-syarikat korporat turut mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan.

Jika ada sebarang kemas kini berkenaan dengan bantuan ini kami akan kemaskini. Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan keluarga.

Sumber: sinarharian.com.my

Leave a Comment