[TERKINI] Bantuan Laptop Dan Internet Percuma Bagi Golongan B40

BANTUAN%2BLAPTOP%2B%2526%2BINTERNET%2BPERCUMA%2BUNTUK%2BGOLONGAN%2BB40

TELE%2BLMS

Untuk makluman anda semua, Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan satu bantuan laptop dan internet percuma bagi pelajar B40 yang berkelayakan sahaja.

Bantuan ini adalah merupakan salah satu inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran daripada rumah secara online.

Bantuan Laptop dan Data Internet Percuma ini adalah disasarkan bagi semua para pelajar universiti yang berasal daripada keluarga B40 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


BACA JUGA: 

Permohonan Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Bagi Kategori 1 Dibuka Hari Ini (21 Disember 2020) – MOHON SEKARANG!


CARA MEMOHON BANTUAN LAPTOP

Bagi bantuan laptop secara percuma tersebut, para pelajar tidak perlu melakukan sebarang permohonan kerana pihak Universiti yang akan menghubungi kepada sesiapa yang layak menerima bantuan ini sahaja.

Antara jenis bantuan bagi mereka yang layak ialah mereka bakal menerima laptop percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang tempoh pengajian dan juga bantuan kewangan istimewa bagi para pelajar yang memperolehi laptop. Para pelajar yang berkelayakan bakal menerima bantuan ini secara berperingkat bermula pada November 2020.

CARA MEMOHON BANTUAN PELAN DATA

Untuk bantuan pelan data internet percuma ini pula, para pelajar B40 tidak perlulah melakukan permohonan kerana pihak Universiti akan menghubungi secara terus para pelajar yang berkelayakan ataupun para pelajar boleh sahaja langsung menghubungi pihak HEP Universiti bagi tujuan menyemak kelayakan masing-masing.

Bagi mereka yang layak, anda bakal menerima bantuan tersebut dalam bentuk kad sim. Namun, terdapat juga Universiti yang menyalurkan dan memberikan bantuan dalam bentuk wang ringgit (terus ke dalam akaun bank anda yang aktif).

TAWARAN ISTIMEWA PAKEJ LAPTOP

Bagi mereka yang ingin menikmati bantuan harga laptop khas untuk para pelajar IPT, anda hanya perlu melakukan pembelian secara terus melalui online di kedai rasmi seperti di bawah ini:

ACER – https://store.acer.com/en-my/promotion/students
SAMSUNG – https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
APPLE – https://www.apple.com/my/education/higher-education/

CARA MOHON PAKEJ PELAN DATA PELAJAR

Untuk makluman, jika anda mahu menikmati harga istimewa yang ditawarkan ini anda bolehlah terus ke kedai telco Celcom, Digi ataupun Maxis di kawasan berhampiran dengan anda dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Kad ID Pelajar.

CELCOM

bantuan ipt celcom

DIGI

bantuan ipt digi

MAXIS

bantuan ipt maxi hotlink

Leave a Comment