[TERKINI] 10 Cadangan Dato Seri Najib Razak Tentang PKP Kepada Kerajaan Sekiranya PKP Dilaksanakan ~ Anda Setuju?

10%2BCadangan%2BDato%2BSeri%2BNajib%2BRazak%2BTentang%2BPKP%2BKepada%2BKerajaan%2B %2Banda%2Bsetuju

Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkan berkenaan status PKP di Negara Malaysia pada jam 6 petang ini.

Pastinya ramai rakyat yang ternanti-nanti apakah isi kandungan perutusan khas yang akan disampaikan nanti.


Namun yang sedemikian, Dato Seri Najib Razak ada memuat naik status di FB beliau berkenaan tentang 10 cadangan yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam masa terdekat ini.

NEW%2BLMS

Berikut kami mengongsikan kepada anda tentang 10 cadangan tersebut:

10 Cadangan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak Berkaitan PKP

Jika dilaksanakan PKP bermula esok, saya cadangkan dan berharap kerajaan akan:

1. Melaksanakan PKP (seperti PKP pertama bulan Mac 2020) sahaja bukan darurat yang lebih memberi kesan yang lebih teruk bagi ekonomi dan persepsi antarabangsa.


2. Larangkan semua orang merentas negeri bagi tujuan bukan komersial.

3. Larangkan aktiviti sosial seperti kenduri dan sukan dihentikan di semua negeri zon kuning dan merah termasuk negeri yang tidak dilaksanakan PKP bersasar.

4. Suruh bank memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik tanpa faedah dan caj penalti. Macam mana nak bayar ansuran bank bulan ini jika ramai tak dibenarkan bekerja atau berniaga dalam tempoh PKP?

5. Berikan semula diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus untuk tempoh PKP sebab penggunaan elektrik tentu akan naik jika semua terpaksa duduk dalam rumah.

6. Mansuhkan segala syarat i-Sinar sebab permohonan bagi kategori 2 baru bermula hari ini. Ramai yang belum sempat memohon.

7. Jadualkan semula permulaan sesi sekolah 2021 ke selepas cuti Tahun Baru Cina.

8. Segerakan pembayaran baki Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

9. Kerajaan dengan NGO perlu menyediakan bakul makanan bagi golongan yang paling terjejas. 

10. Minta syarikat perkhidmatan perhantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda untuk beri diskaun bagi caj perkhidmatan dan harga makanan.

BACA JUGA: [RASMI] Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 Dibuka Bermula 11 Januari 2021 ~ Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui

Amat kecewa terhadap negara kita terpaksa melaksanakan PKP yang amat ketat sekali lagi memandangkan kerajaan ada banyak peluang untuk menghalang situasi menjadi lebih teruk sebegini tetapi kita sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan seperti membenarkan kuarantin sendiri di rumah, memendekkan tempoh masa kuarantin, lambat menyekat merentas negeri, melonggarkan SOP serta menarik balik larangan sekat negeri terlalu awal pada ketika jumlah kes Covid sudah tinggi bagi menggalakan rakyat melancong.

Oleh itu, jika mahu buat PKP ketat esok, biarlah lebih tegas untuk tempoh 2 minggu akan datang agar ianya tidak dilanjutkan lagi dan lagi sebagaimana seperti semasa PKP pertama bulan Mac tahun lepas iaitu pada tahun 2020.

Sumber: FB Dato Najib Razak

Leave a Comment