Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024 ~ Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) diagihkan kepada penerima mulai April 2024.

Setakat tahun ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.

Walau bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran 10

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024

Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) .

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran 11

Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai bulan April 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada awal bulan April – dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Terkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran 12

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024

Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran 13

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran 14

Kaedah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024

  1. Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
    • Kredit ke Akaun Bank
  2. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
    • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit
Cara Semakan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran 15
Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Join Channel Whatsapp LMS 1
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran 16

Leave a Comment