Semakan GKP 2.0 Bermula Pada 27 Nov, Pembayaran Pada 30 Nov 2020.

PERMOHONAN%2BGKP%2B2.0%2BKINI%2BDI%2BBUKA

Umum untuk mengetahui selain BPN 2.0, kerajaan juga akan membuka semula permohonan GKP 2.0 ataupun dikenali sebagai Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000.

Anda boleh melakukan semakan GKP bermula pada 27 November ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my

Pembayaran pula akan bermula pada 30 November nanti.

Menurut dalam kenyataan media, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro untuk mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0).

GKP atau Geran Khas Prihatin ini bermatlamat untuk membantu atau menolong para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19.

Kali ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi membantu untuk meringankan beban 200,000 PKS Mikro.


Diharapkan dengan bantuan ini, semoga mereka mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Leave a Comment