Rayuan STR 2024 : Tarikh Permohonan & Cara Buat Rayuan

Rayuan STR 2024. Kepada mereka yang tidak lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, jangan risau kerana kerajaan telah membuka permohonan STR mulai 29 Januari 2024.

Bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi mengenalpasti syarat kelayakan Bantuan Rahmah ini.

Ia juga sebagai langkah bagi memastikan program STR 2024 disasarkan kepada mereka yang layak.

Tarikh Rayuan STR 2024

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) melalui soalan lazim (FAQ) di laman portal MySTR memaklumkan, permohonan rayuan STR dibuka mulai 29 Januari 2024.

Ianya bertujuan bagi memastikan program STR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Proses ini bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Baca Juga :

Individu Yang Layak Membuat Permohonan Rayuan STR 2024

Pemohon yang layak membuat permohonan rayuan STR adalah:

  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024
  2. Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak/ perubahan status perkahwinan/ perubahan pendapatan sahaja.

Kaedah Permohonan Semakan Semula Rayuan STR 2024

Rayuan STR 2024
Rayuan STR 2024 : Tarikh Permohonan & Cara Buat Rayuan 4

Cara Membuat Rayuan STR 2024 Online

  1. Anda perlu layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada Menu MySTR > Permohonan Rayuan
  3. Log Masuk MySTR menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
  4. Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk soalan lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan Rayuan STR 2024

Untuk rayuan ini, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus bagi Permohonan STR 2024.

Dokumen sokongan yang diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2024. Anda boleh Rujuk Soalan 66 (FAQ Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024) bagi senarai dokumen mengikut Alasan Tidak Lulus.

Antara contoh dokumen yang diperlukan adalah seperti Mykad pemohon/ Pasangan/ Mykad/ Mykid anak/ sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan)/ dokumen pengenalan pasangan, dan lain-lain lagi mengikut alasan tidak lulus masing-masing.

Kod Tidak Lulus STR 2024

Bagi mereka yang tidak lulus permohonan STR akan menerima status “Tidak Lulus” beserta nombor kad dan kod keterangan sebagaimana contoh di bawah :

Maklumat Lanjut

Anda boleh membuat semakan status permohonan, mendapatkan maklumat yang terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut :

  • Anda boleh layari Portal Rasmi STR LHDNM : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Semakan secara dalam Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah atau muat turun di Play Store bagi platform Android dan Apps Store bagi IOS
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM
  • Datang ke Pejabat LHDNM/ PS/ UTC

Leave a Comment