RASMI: Senarai Penuh Bantuan & Inisiatif Pakej Pemerkasa 2021

Senarai%2BPenuh%2BBantuan%2B%2526%2BInisiatif%2BPakej%2BPemerkasa%2B2021

image

Menurut daripada sebuah hantaran posting di media sosial rasmi Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau akan mengumumkan sebuah lagi pakej khusus kepada rakyat serta industri yang dikenali sebagai PEMERKASA.

Pengumuman tersebut telah berlangsung pada 17 Mac 2021 Hari Rabu, jam 5:30 petang yang disiarkan di saluran-saluran utama televisyen tempatan. Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan pengumuman tersebut di bawah ini bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan baharu ini.

Bantuan & Inisiatif Pakej Pemerkasa

Untuk makluman anda, pakej pemerkasa ini adalah merupakan kesinambungan daripada inisiaitif yang telah dilakukan sebelum ini iaitu pada pakej PRIHATIN dan juga Prihatin PKS. Selain daripada itu, pihak kerajaan turut melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) serta PERMAI pada tahun lepas. Antara inisiatif pakej PEMERKASA ini adalah:

– Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan.
– Bayaran tambahan sebanyak RM500 akan diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
– Penerima berumur 21 sehingga 60 tahun
– Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
– Pengesahan kehilangan pendapatan dan juga semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
– Dibayar bermula pada bulan Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing


image

image


**Segala maklumat berkaitan pakej bantuan tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Leave a Comment