RASMI : Pengumuman Daripada Perdana Menteri Berkenaan Dengan Bantuan Prihatin Kasih RM300 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Perdana 2BMenteri 2BUmum 2BBantuan 2BPrihatin 2BKasih 2BRM300 2BUNTUK 2BSEMUA 2BRakyat 2BMalaysia 2B2021

image 4

Untuk pengetahuan anda semua bahawa Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang telah dianjurkan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan daripada Yayasan Hasanah.

Seperti yang sedia maklum bahawa program ini adalah bertujuan agar dapat membantu mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Untuk makluman anda bahawa melalui program ini pihak kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk menguruskan program ini yang akan dijangka akan dapat memberikan manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Program Prihatin Kasih


Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan satu bantuan yang akan disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad sahaja.

Kepada penerima yang berstatus layak akan menerima bantuan tersebut sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad mereka yang mana ia boleh digunakan bagi tujuan memberi barang-barang keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.

image 5

Tempat Pembelian

Semua penerima boleh melakukan pembelian barangan keperluan di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:

  1. Giant
  2. MyDin
  3. Econsave
  4. The Store
  5. Pacific
  6. Milimewa
  7. 99 Speedmart
  8. Lotus Stores (TESCO)
  9. Kedai-kedai runcit yang terpilih sahaja

Bulan Pelaksanaan

  1. Julai – September 2021 : Selangor & Kuala Lumpur
  2. Ogos – Oktober 2021 : Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu
  3. September – November 2021 / Oktober – Disember 2021 : Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak

Semakan Status Kelayakan

  1. Sila buka laman web MyKasih


  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha
  3. Tekan butang “SEMAK STATUS
  4. Keputusan kelayakan anda akan dipaparkan
  5. Semua penerima yang berstatus layak sahaja akan menerima SMS dariapda MyKasih untuk mengesahkan status mereka
  6. Semua penerima perlu untuk menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat megikut tarikh dan masa yang ditetapkan

Maklumat Yang Selanjutnya

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh KLIK DI SINI

image 6

image 7

Leave a Comment