RASMI: Bayaran Permohonan i-Sinar Sedia Ada Bermula Pada 2 Mac 2021

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252820%2529

image

Permohonan Baharu Selepas Pemansuhan Kriteria Bermula 8 Mac 2021

KUALA LUMPUR, 2 Mac 2021: Pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar pada bulan Februari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan yang akan dilakukan sebelum pada 25 Februari akan diberikan kelulusan secara berperingkat serta bayaran tersebut akan dilakukan bermula pada 2 Mac 2021.

Sila ikuti perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa mengenai bayaran permohonan i-Sinar tersebut di bawah ini.



Hal ini tersebut melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan sebelum ada penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat. Ketika proses sedang dijalankan, pihak KWSP amat menghargai kesabaran ahli. Jika ahli mendapati status permohonan masih lagi tiada sebarang perubahan, semakan seterusnya boleh dilakukan pada hari-hari yang berikutnya.

Seterusnya, permohonan baharu yang berdasarkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula pada 8 Mac 2021 untuk semua ahli yang di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli tersebut. Hal ini termasuk dengan ahli KWSP yang bukan warganegara Malaysia. Permohonan baharu tersebut ini akan diproseskan dalam tempoh masa 5 hari bekerja dan selepas tempoh ini, kepada ahli yang sudah melakukan permohonan baharu boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

Bermula pada 8 Mac 2021, semua ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah yang dipohon, maklumat bank, alamat, nombot telefon dan juga mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Jumlah Pengeluaran i-Sinar serta Jadual Pembayaran yang Maksimum selama 6 Bulan akan dikekalkan, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu;

1. Kepada ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka boleh akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran tersebut akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum iaitu 6 bulan dengan bayaran pertama tersebut sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000.

2. Kepada ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,00 (Akaun 1) pula, mereka boleh akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka tersebut. Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum tersebut yang dibenarkan hanya sebanyak RM60,000 sahaja. Pembayaran tersebut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh masa maksimum iaitu 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum iaitu sebanyak Rm10,000.

Untuk maklumat yang selanjutnya, sebagai ahli anda boleh hubungi hotline khas i-Sinar di 03-8922 4848. Bagi yang mempunyai sebarang pertanyaan umum pula, ahli boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun anda boleh melayari laman web rasmi www.kwsp.gov.my.

*Contoh situasi ahli: 

Kenyataan%2BKWSP%2BTERKINI

Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh Pihak KWSP:

image

image

Leave a Comment